Thursday, March 28, 2024
More

    Tembakan Rambang di Texas, 14 Pelajar dan Seorang Guru Maut

    TEXAS: Sekurang-kurangnya 14 pelajar dan seorang guru maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat pada Selasa.

    Menurut Gabenor Greg Abbott, suspek yang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, turut terkorban dalam insiden itu.

    Dua lagi mangsa, seorang pelajar berusia 10 tahun dan seorang wanita berusia 66 tahun cedera parah dalam kejadian itu dan telah dikejarkan ke Hospital Universiti di San Antonio.

    Katanya, suspek yang membawa sebuah senapang patah dan sepucuk pistol, ditembak mati oleh anggota polis yang dikerah ke Sekolah Rendah Robb. “Suspek telah menembak mati 14 pelajar dan seorang guru.

    “Suspek turut terkorban dalam insiden itu ditembak mati oleh anggota polis yang dikerah ke lokasi,” katanya. Ketika ini tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai motif kejadian. -KedahOnline

    Sumber berita: Astro Awani

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.