Thursday, July 7, 2022
More

    Perjanjian PSG-Mbappe Suatu Penghinaan

    Madrid: Perjanjian di antara Paris Saint-Germain dengan Kylian Mbappe adalah “satu penghinaan kepada bola sepak,” kata Presiden La Liga, Javier Tebas selepas pemain itu menolak tawaran daripada Real Madrid.

    “Apa yang PSG lakukan dengan memperbaharui kontrak Mbappe membabitkan jumlah yang besar selepas mencatatkan kerugian sebanyak 700 juta euro (RM3,245.95 juta) beberapa musim kebelakangan ini dan perlu membayar gaji melebihi 600 juta euro (RM2,782 juta) adalah satu penghinaan kepada bola sepak,” tweet.

    Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi berkata ia “sama berbahaya seperti Liga Super,” katanya merujuk kepada pertandingan baharu dengan 12 kelab terbesar Eropah yang dicadangkan April lalu.

    Projek berkenaan bagaimanapun tidak menjadi berikutan tidak dipersetujui oleh pemain dan peminat mereka sendiri serta kerajaan dan badan induk bola sepak.

    Mbappe, 23, yang menjulang Piala Dunia bersama Perancis bersetuju untuk kekal bersama juara Perancis bagi tempoh tiga tahun lagi.

    Pengumuman itu menimbulkan rasa tidak puas hati di Sepanyol.

    La Liga berkata, mereka memfailkan aduan terhadap PSG kepada badan induk Eropah UEFA serta Kesatuan Eropah.

    “La Liga ingin memberitahu bahawa perjanjian seperti ini menjejaskan kemampanan ekonomi bola sepak Eropah. Membahayakan ratusan ribu pekerjaan dan integriti sukan, bukan sahaja dalam pertandingan Eropah tapi juga liga domestik kita,” kata La Liga. –KedahOnline

    Sumber berita: Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.