Thursday, July 7, 2022
More

    ‘Semua Kehendak Allah’ – Anggota Bomba Cerita Pengamalan Selamat Wanita Bunuh Diri

    Kepala Batas: “Allah dah rancang kebetulan saya lalu situ. Semua kehendak Allah,” kata Muhammad Syahir Jamaludin, 31.

    Muhammad Syahir anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak di sini, yang menjadi wira selepas video dia menyelamatkan seorang wanita daripada terjun di Jambatan Pulau Pinang tular di media sosial.

    Hari ini, atas komitmennya itu, Muhammad Syahir dianugerahkan sijil penghargaan sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di Perkarangan Dewan Millenium di sini, yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib.

    Menurutnya, dia tidak menyangka tindakan spontan membantu wanita berkenaan atas dasar tanggungjawab sesama manusia tular.

    Katanya, ini kes kedua cubaan terjun di jambatan yang membabitkan dirinya dalam usaha menyelamatkan mangsa.

    “Allah dah rancang kebetulan saya lalu di situ. Saya pun tidak sangka. Penghargaan ini saya anggap sebagai pembakar semangat untuk saya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

    Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menyatakan penghargaan kepada Muhammad Syahir yang disifatkan sangat cekap bertindak biarpun berada di luar waktu bertugas.

    “Ini semua bukanlah aksi pentas dibuat-buat atau dilakonkan. Ia adalah situasi sebenar, saat-saat cemas yang boleh terjadi pada bila-bila masa, terhadap sesiapa sahaja. Kebakaran, lemas, hilang serta apa jua situasi yang boleh mengancam nyawa,” katanya. –KedahOnline

    Sumber berita: Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.