Thursday, July 7, 2022
More

    Kerajaan Negeri Tekad Hapus Kartel Padi

    ALOR SETAR- Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kartel dalam industri padi mesti dihapuskan segera demi memastikan nasib petani terbela dan pengeluaran padi dapat dipertingkatkan.

    “Adakah rangkaian dalam industri padi ini berlaku ketidakjujuran? Saya akan pastikan perkara ini diperangi habis-habisan,” ujar beliau dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.Katanya, berlaku keraguan apabila purata pengeluaran padi di Kedah ini hanya 6 tan sahaja walaupun subsidi padi bertambah.

    Jelasnya, Lembaga Zakat Negeri Kedah melakukan transformasi dengan mengusahakan sendiri tanaman sawah padi sekitar 100 relung dan hasil tuaian pertama berjumlah sekitar 7.8 tan.“Adakah betul hasil padi adalah 6 tan atau alat timbang rosak atau dirosakkan?,” ujar Sanusi.

    Muhammad Sanusi berkata bahawa siasatan akan terus dilakukan untuk membasmi isu ini.Selain itu, beliau turut mengulas berikutan sekatan gandum yang dilakukan oleh India dan negara akan mengalami krisis makanan akibat sekatan tersebut menjelang tahun 2025.

    Oleh kerana Kedah merupakan negeri pengeluar makanan terutamanya padi, beliau telah mengarahkan Exco Pertanian dan Industri Makanan mengambil tindakan segera dengan memperkemaskan agensi-agensi milik kerajaan untuk mengambil tindakan yang proaktif bagi memastikan peningkatan hasil pengeluaran padi. –KedahOnline

    Sumber: UPDA

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.