Thursday, July 7, 2022
More

    PIKAT anjur pertandingan Boling Piala Menteri Besar 

    JITRA – Seramai 45 peserta menyertai Pertandingan Kejohanan Boling Piala Menteri Besar anjuran Pertubuhan Isteri Wakil-wakil Rakyat ADUN Kedah (PIKAT). 

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, pertandingan boling ini antara sukan yang sesuai dilakukan oleh golongan wanita. 

    “Program boling ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk wanita tanpa perlu menghadapi hujan panas dan sebagainya. 

    “Saya juga mengharapkan program sebegini diteruskan dan mendapat penyertaan yang menggalakkan dari kaum wanita pada masa akan datang,” ujarnya. 

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kejohanan Boling Piala Menteri Besar Kedah di Jitra Mall, kelmarin.

    Pemenang pertama, Noor Mila Abdul Hamid, 44, berkata, dia tidak menjangka akan mendapat tempat pertama yang membawa pulang hadiah berupa wang RM500. 

    “Saya mulanya hanya menyertai suka-suka. Akan tetapi tak sangka ditakdirkan menjadi juara. 

    “Alhamdulillah, saya panjatkan syukur kepada Allah dan saya berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi di samping boleh mengeratkan ukhuwah tanpa mengira tahap umur,” ujarnya.

    Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad, ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim, Pegawai Khas Menteri Besar, Norhafiza Fadzil dan Timbalan Pengerusi PIKAT, Datin Dr. Rahimah Sahit. – KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.facebook.com/344643813016562/posts/1166753844138884/

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.