Thursday, July 7, 2022
More

    Ayob Khan dan Kedai Kopi Mydin Pendang

    Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi rakyat negara ini. Beliau yang merupakan Ketua Polis Johor ini merupakan anak jati kelahiran Tanah Merah, Pendang.

    Reputasinya dalam kepolisan bersama pasukan Polis Diraja Malaysia mengharum mekar dalam kesungguhan dan komitmen beliau memerangi jenayah. Namun, tidak pernah sekali dilihat beliau gentar.

    Dari Bahagian Counter Terrorism (E8) dan sebelumnya Bahagian Cawangan Khas (SB) Bukit Aman hinggalah kini memimpin di Johor, beliau sentiasa menambah statistik kejayaan dalam melumpuhkan kegiatan jenayah.

    Malah, ketegasan beliau memerangi jenayah turut meliputi pemurnian integriti dalam pasukan sendiri. Beliau pernah menyatakan untuk menjaga bukan sahaja tepi kain, tetapi juga dalam kain. Beliau mahu bersihkan rumah sendiri sebelum rumah orang lain.

    Dengan prinsip itu sememangnya melayakkan beliau dihormati dan disanjung masyarakat. Bahkan negara ini perlu melahirkan lebih ramai lagi Ayob Khan.

    Pun begitu, pada sisi lain di sebalik berani dan tegasnya beliau, ada watak mesra dan bakat yang harmoni. Dalam satu majlis sahur, Datuk Ayob Khan menunjukkan bakat serta kemahiran tingginya menebar roti canai.

    Apabila dijejak kebolehan istimewa itu, ternyata ia datang dari kehidupannya membesar bersama keluarga. Ayahnya pernah membuka Kedai Kopi Mydin di Pekan Tanah Merah, Pendang tahun 1978 dahulu.

    Saksikan rakaman ini – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.