Friday, March 29, 2024
More

    Ni dia ‘port best’ jika bercuti ke Langkawi

    Salah seorang lagenda bolasepak Kedah, Faridzuan Che Hamid rupanya memiliki motel dia sendiri di Langkawi iaitu Faridzuan Motel yang terletak di Pulau Tuba, Langkawi. Lokasinya terletak betul-betul tepi pantai dan kawasan hadapan motel pulak ada kawasan lapang berpasir.

    Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang hendak bawa family ataupun company trip. Kawasan luas, bilik pun banyak dan tempat pun lawa. Jika menginap di sini, jangan lupa bawa batang pancing sekali sebab depan motel ni pun dah port untuk memancing ikan dan sotong.

    Nak lagi best, boleh ambil gambar dengan Faridzuan Che Hamid sekali. Bukan senang nak jumpa lagenda bolasepak Kedah tau.

    Amacam? Tertarik tak? Kalau berminat, nombor untuk dihubungi.

    www.wasap.my/+60124882984.

    Jika ke Pulau Tuba pula, boleh nikmati pengalaman percutian di Chalet Terapung yg terletak di Selat Bagan Nyior di Pulau Tuba, Langkawi.

    Chalet terapung ini mempunyai lima bilik tidur, restoran terapung, sangkar kupang dan tiram di sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat buat seperti memancing, island hopping, bird watching, menangkul ketam dan mencari siput lokan.

    Lagi satu, Pulau Tuba ni berbeza sangat dengan tanah besar Langkawi. Bila ada disini, seolah-olah kembali ke Langkawi zaman dahulu kala.

    Kalau berminat nak menginap di sini, nombor untuk hangpa dihubungi

    www.wasap.my/+60182343037

    Kredit:

    ? Chalet Terapung Bes Tuba dan Mahathir Hassan Det

    ? Zalikha Zainalrashid

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.