Sunday, May 29, 2022
More

    Al-Hafiz teruja balik kampung

    ALOR SETAR – Pemain sayap lincah, Al-Hafiz Harun berjanji memberi aksi terbaik selepas menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang disifatkannya sebagai pasukan yang mampu mencipta kejayaan pada aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

    Pemain kelahiran Sik, Kedah itu yang sebelum ini beraksi bersama Penang FC mengakui perasaannya ‘lain macam’ apabila dapat menyarung jersi negeri kelahirannya.

    “Saya anggap menyarung jersi Kedah satu penghargaan dan keputusan saya ini mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan.

    “Memang sejak kecil saya sudah ada hasrat untuk beraksi bersama Kedah, apatah lagi setiap pemain sudah tentu mahu mahu bermain dengan negeri sendiri,” katanya.

    Al-Hafiz berkata, dia juga meletakkan keyakinan tinggi di atas kepimpinan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak yang memiliki reputasi besar dalam memacu kejayaan skuad Hijau Kuning.

    “Saya sudah biasa dengan corak permainan laju yang diterapkan oleh Aidil, dan saya anggap corak itu tidak sukar untuk saya terapkan dalam permainan nanti.

    “Jadi, sesi latihan beberapa minggu sebelum bermulanya liga musim ini adalah tempoh penting untuk mendapatkan keserasian bersama semua rakan sepasukan.” katanya.

    Al-Hafiz sebelum ini memulakan kerjaya bersama skuad Harimau Kumbang sejak musim 2019 dan berjaya meledak enam gol melalui 35 penampilan. – KedahOnline

    Sumber: Berita Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.