Sunday, May 29, 2022
More

    Dennis Buschening import ketiga KDA FC

    KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengesahkan bekas pemain Sabah dan UiTM FC, Dennis Buschening sebagai pemain import kuota ASEAN mereka bagi musim 2022.

    Penyerang berusia 30 tahun itu merupakan pemain import ketiga skuad Hijau Kuning selepas berjaya mendapatkan khidmat Dechi Marcel N’guessan dari Terengganu FC bagi kuota antarabangsa dan Jang Suk-Won dari Melaka United FC bagi kuota Asia.

    Dennis Buschening dengan ketinggian 1.83 meter dilahirkan di Jerman dan memiliki kerakyatan Thailand itu memulakan kerjaya bola sepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga Jerman.

    Pemain tersebut mula berkelana di Thailand ketika mewakili Buriram United FC sekitar musim 2013, penglibatannya selepas itu mula mendapat perhatian kelab di ASEAN.

    Beliau antara pemain mewakili Buriram United FC pada perlawanan Suku Akhir AFC Champions League pada musim 2013.

    Aksinya yang mencuri perhatian pemerhati bola sepak melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan termasuklah ketika beraksi menentang KDA FC musim lalu. – KedahOnline

    Sumber: Sinar Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.