Friday, March 29, 2024
More

    Bantuan kerusi roda untuk adik Muhammad Safuan

    JERAI – Muhammad Safuan Abdullah, 22 tahun yang tinggal di Taman Sinar Mentari, Jerai baru-baru ini menerima bantuan kerusi roda oleh Khidmat Malaysia Jerai.

    Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit sebaik sahaja selesai menyampaikan khutbah dan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Seri Jerai, Gurun, beliau kemudiannya menziarahi adik Muhammad Safuan bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda tersebut.

    Khidmat Malaysia Jerai menguruskan sumbangan kerusi roda tersebut sebaik sahaja menerima permohonan daripada pihak adik Muhammad Safuan, yang ketika ini memerlukan kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan harian beliau.

    Turut hadir Setiausaha Khidmat Malaysia Jerai, Ustaz Muaaz Hj Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Masjid Bedong, Hj Abd Rashid Arshad.Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan adik Muhammad Safuan. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.