Thursday, March 28, 2024
More

    Kedah lancar kempen atasi keganasan rumah tangga

    LANGKAWI – Sebanyak 113 kes keganasan rumah tangga direkodkan di negeri Kedah sepanjang tahun 2021.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad berkata antara bentuk keganasan termasuk ugutan, penderaan psikologi, emosi dan dikurung tanpa rela.

    “Sebagai sokongan 12 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditempatkan di setiap daerah untuk membantu mangsa terlibat khususnya wanita, orang kurang upaya dan kanak-kanak.

    “Justeru, jika ada sebarang berkaitan bolehlah menghubungi Talian Kasih 15999 atau 019-2615999 yang beroperasi 24 jam setiap hari sebagai talian utama kepada masyarakat bagi mengemukakan aduan, mendapat khidmat nasihat serta mengakses bantuan dan sokongan yang disediakan oleh JKM,” ujar beliau dalam kenyataan di Facebook.

    Dalam perkembangan yang sama, beliau turut merasmikan Kempen Kesedaran Peringkat Negeri Kedah di Pantai Cenang, baru-baru ini. Katanya, kempen akan menjadi medium penyebaran berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan oleh JKM. – KedahOnline

    sumber: UPDA

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.