Sunday, May 29, 2022
More

    KPN adakan libat urus gubal SOP Thaipusam

    SUNGAI PETANI – Exco Perpaduan, YB Dr Robert Ling Kui Ee mengiringi Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique ke satu sesi libat urus perayaan Thaipusam yang akan berlangsung pada 18 Januari ini.

    Halimah berkata, sesi libat urus ini perlu diadakan bagi memuktamadkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan awam dipatuhi.

    “Saya kini berada di Dewan, Kuil Sri Subramaniya Swamy Devasthanam, Sungai Petani, Kedah untuk bersama pihak-pihak berkepentingan dalam satu sesi libat urus bagi mendapatkan segala input dan pandangan dalam usaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk membangunkan SOP,” ujar beliau.

    Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, YB Azman Nasrudin, Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC M.V Srikumar Madhavan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), SAC Adzli Abu Shah. – KedahOnline

    sumber: UPDA

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.