Sunday, May 29, 2022
More

    Program jualan Keluarga Malaysia ringankan beban rakyat

    ALOR SETAR – Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah ternyata tepat pada masanya apabila dilihat mampu meringankan beban rakyat ketika ini.

    Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim meninjau perjalanan program ini yang baru bermula hari ini dan akan berakhir pada esok hari.

    “Saya melihat banyak barang keperluan yang dijual di bawah harga pasaran.

    “Rata-rata pengunjung yang saya temui tadi menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menjalankan program ini ketika ini,” katanya ketika ditemui dalam walkabout di Tapak Pekan Nat Langgar dan Pasaraya Lotus, Alor Setar.

    Turut sama bersama beliau meninjau perjalan program ialah Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Kedah, Sekar Raman.

    Program Jualan Keluarga Malaysia ini telah berlangsung secara serentak di tujuh daerah berbeza di seluruh Negeri Kedah ini selama dua hari.

    Semua Rakyat Kedah di jemput memeriahkan program jualan dengan hadir beramai-ramai di lokasi yang telah ditetapkan. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.