Sunday, May 29, 2022
More

    Penduduk lega dapat nikmati bekalan air

    BALING – Sebanyak 100 keluarga Kampung Charok Durian, Weng Luar menarik nafas lega apabila masalah bekalan air bersih dapat diselesaikan dengan siapnya projek Wakaf Air di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

    ADUN Bayu, YB Nasir Idris berkata, penduduk telah bergelut dengan masalah air ini sejak sekian lama.

    “Penyaluran air terawat tidak sampai walaupun paip air sudah ada. Dengan projek ini sudah tentu ianya banyak memberikan kelegaan kepada penduduk terbabit.

    “Keringat, masa, tenaga dan wang ringgit dicurahkan bagi menjayakan gotong royong menyiapkan projek ini,” ujar beliau di kenyataan Facebook.

    Katanya, projek ini adalah hasil permohonan daripada penduduk kampung dan diuruskan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Bayu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Sukarelawan SPAN turut membantu menjalankan gotong-royong bersama penduduk kampung. – KedahOnline

    Sumber: UPDA

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.