Sunday, May 29, 2022
More

    Hari Perpaduan Keluarga Sejahtera 2022

    SUNGAI PETANI – Pejabat Menteri Besar Kedah dengan kerjasama Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah mengadakan Hari Perpaduan Keluarga Sejahtera Negeri Kedah 2022 bertempat di Sungai Petani pada 1 Januari 2022 yang lalu.

    Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah, YB Dr. Robert Ling Kui Ee berkata dalam ucaptamanya objektif program itu diadakan adalah bagi memastikan masyarakat dapat berinteraksi dan bergaul antara pelbagai kaum seterusnya memastikan keharmonian rakyat dapat dipertingkatkan.

    Turut hadir bersama YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.

    Dalam perasmian tersebut, Menteri Besar Kedah berkata, kayuhan ini dapat menjana semangat perpaduan antara kaum di negeri Kedah.

    “Kita perlu bersatu padu dikalangan rakyat bagi mengukuhkan perpaduan. Saya bersetuju dengan saranan YB Robert Ling Kui Ee untuk adakan acara kayuhan santai ini diadakan secara tahunan di setiap daerah,” jelasnya lagi.

    Program tersebut bermula jam 7 pagi sehingga 11.30 malam di beberapa buah lokasi sekitar Bandar Sungai Petani.

    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang hari tersebut ialah pada sebelah paginya program Kayuhan Basikal sejauh 14 kilometer bersama YAB Dato’Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah di Dataran Jam Besar.

    Turut juga diadakan Kejohanan Futsal antara kaum di Amanjaya Sports Arena dan acara melibatkan kanak-kanak serta wanita di Hypermart Mydin Taman Batik.

    Di sebelah malam pula pengunjung dialunkan dengan alunan qasidah oleh pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Taman Intan (MATIN) kemudian pengunjung disajikan dengan persembahan 6 kumpulan Buskers diselangi dengan motivasi perpaduan oleh penceramah jemputan Ustaz Shah Shanmugam.

    Malam tersebut dihoskan oleh DJ Ed Pisang di Dataran Jam Besar. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.