Friday, March 29, 2024
More

    Guru rugi lebih RM54,000 ditipu tawaran kerja sambilan

    KULIM – Seorang guru lelaki dari salah sebuah sekolah di Kulim kerugian lebih RM54,000 selepas ditipu individu yang menawarkan tawaran kerja secara dalam talian.

    Mangsa berusia 26 tahun itu tertarik dengan iklan di sebuah laman sosial Facebook pada 25 Disember lalu kira-kira jam 2 petang berkaitan tawaran kerja sambilan di sebuah syarikat.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan mangsa menerima satu pautan dan disambungkan ke satu nombor WhatsApp milik seorang individu.

    Beliau berkata, pengadu iaitu mangsa kemudian berurusan melalui WhatsApp dengan seorang individu yang memperkenalkan diri dengan nama Nurul Nabila.

    Individu itu juga mengaku wakil sebuah syarikat dan disambungkan ke satu kumpulan WhatsApp.

    “Sewaktu pengadu berada dalam kumpulan WhatsApp berkenaan, seorang individu kemudian menghantar satu nombor telefon iaitu 01169659280.

    “Pengadu kemudian menghantar WhatsApp pada nombor berkenaan dan individu terbabit memperkenalkan diri dengan nama Jefri yang mengaku sebagai pegawai khidmat pelanggan,” katanya kepada Astro AWANI.

    Kamarul Zaman berkata, Jefri kemudian menerangkan kepada pengadu bahawa pengadu perlu menaikkan jualan yang dijalankan oleh syarikatnya dengan menekan butang klik di satu aplikasi Zalora.

    Beliau berkata, pengadu akan menerima link dari Jefri, dan perlu masuk melalui link terbabit selain perlu menekan pautan barang berkenaan ke dalam troli pautan Zalora pengadu.

    “Kemudian pengadu perlu menangkap layar skrin barang berkenaan serta menghantar kepada Jefri dan perlu membuat bayaran bagi harga barang yang dipaparkan.

    “Susulan daripada itu, pengadu membuat bayaran sebanyak 21 kali transaksi ke lima akaun bank yang berbeza,” katanya.

    Kamarul Zaman berkata, sejurus selepas pengadu membuat bayaran itu, dia mendapati talian telefonnya dengan individu terbabit sudah disekat.

    Berikutan itu, pengadu yang mengalami kerugian lebih RM54,000 kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KedahOnline

    Sumber: Awani

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.