Sunday, May 29, 2022
More

    Skrin besar usaha dekati anak muda

    POKOK SENA – Exco Penerangan Kedah Wan Romani Wan Salim, bersama anak muda menyaksikan skrin besar perlawanan bola sepak Piala AFF SUZUKI, di Perkarangan Masjid Nurul Ehsan, jalan Langgar, di sini.

    “Adat perlawanan ada kalah dan menang, saya melihat kesetiaan penyokong kita yang menunggu sehingga ke minit akhir perlawanan.

    “Kehadiran pada malam ini juga di luar jangkaan kita,” katanya ketika ditemui.

    Turut hadir memeriahkan majlis, Aidatul Shima Binti Che Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Muhamad Fiteri bin Abdul Manap, Pegawai Penerangan Daerah Pokok Sena.

    Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang itu sempat menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penonton yang hadir.

    Majlis telah berjalan dengan pematuhan SOP yang ketat.

    Program ‘Big Screen’ ini merupakan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bukit Pinang dan Jabatan Penerangan Negeri Kedah. – KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.facebook.com/247500177386400/posts/298062875663463

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.