Sunday, May 29, 2022
More

    Langkawi raih enam anugerah di Tourism Council Gold Award

    Langkawi raih enam anugerah di Majlis Anugerah Malaysia Tourism Council Gold Award 2021 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia yang berlangsung di New World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.

    Di dalam majlis yang sama sebanyak 46 anugerah telah diberikan kepada pemain industri pelancongan di Malaysia bagi mengiktiraf peranan yang dimainkan dalam memperkasa industri pelancongan di Malaysia.

    Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berkata, LADA menjangkakan kedatangan pelancong ke Langkawi akan meningkat dengan lebih baik pada tahun 2022.

    Sehingga 5 Disember 2021 kedatangan pelancong telah mencapai 472,572 orang. Manakala pendapatan pelancong yang telah dijana adalah berjumlah RM487 juta (mulai 16 September sehingga 5 Disember 2021).

    Jika dilihat, ‘trend’ kemasukan pelancong ke Langkawi sentiasa meningkat setiap bulan bermula September lepas dan ini menunjukkan bahawa Langkawi mempunyai potensi besar untuk menyinar setelah sekian lama sunyi daripada kemeriahan pelancong akibat pandemik COVID-19”

    Berikut adalah enam anugerah serta penerima daripada Langkawi:

    i. Special Awards On Travel Bubble Initiatives – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA);

    ii. Best Cable Car in Malaysia – Langkawi Skycab (Panorama Langkawi Sdn. Bhd.);

    iii. The Best Malay Cuisine And Heritage Restaurant – Langsura Geopark Sdn. Bhd.;

    iv. The Best Eco Friendly Destination – Langsura Geopark Sdn. Bhd.;

    v. Best 3 Star Hotel (Sea View) – Nadias Hotel Langkawi; danvi. Best Islamic Compliance Hotel – Adya Hotel Langkawi.

    Anugerah-anugerah ini membuktikan Langkawi merupakan sebuah pulau pelancongan bertaraf dunia yang menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dan mempesonakan.

    Usaha bagi mengembalikan kegemilangan industri pelancongan pulau ini akan terus dilaksanakan demi kelangsungan ekonomi Langkawi. Diharapkan anugerah ini dapat memberi inspirasi kepada pemain industri di Langkawi untuk sama-sama memartabatkan sektor pelancongan pulau legenda ini. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.