Sunday, May 29, 2022
More

    Pembelajaran secara hibrid: Keperluan anak-anak

    Pembelajaran hibrid adalah sesi pembelajaran yang dilakukan dengan menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dan juga secara atas talian. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya keciciran dan ketinggalan dalam mengikuti sesi pembelajaran di kalangan para pelajar. Perkara ini sedikit sebanyak telah membuka mata kita bahawa sistem pembelajaran atas talian yang dahulunya kita anggap “canggih” sebenarnya tidak cukup untuk memberikan sesi pembelajaran yang berkesan.

    Ini kerana terdapat di antara kita yang tidak memiliki keperluan yang lengkap dan tidak tahu perisian manakah yang sesuai digunakan untuk mendapatkan sesi pembelajaran atau pengajaran yang lebih kondusif. Jika anda seorang pengajar atau ibu-bapa yang sedang mencari jalan penyelesaian untuk memberikan sesi pembelajaran yang lebih berkesan, ini adalah antara keperluan yang perlu dimiliki.Kita mulakan dahulu dengan perisian yang anda perlukan untuk memberikan sesi pembelajaran yang lebih berkesan. Antaranya adalah anda memerlukan peranti yang menyokong sistem operasi yang terkini. 

    Windows 11 merupakan sistem operasi yang terkini namun jika anda menggunakan versi Windows 10 Pro juga tidak menjadi masalah kerana Windows 10 Pro ini sememangnya dibina untuk pendidikan.Selain itu, anda juga perlu melanggan Microsoft 365 A1. Dengan langganan Microsoft 365 A1, anda boleh menggunakan Word, Excel, PowerPoint, OneDrive dan banyak lagi seperti :

    OneNote Class Notebook – perisian ini membolehkan pelajar untuk menghantar tugasan kepada guru dan tugasan tersebut hanya boleh dilihat oleh guru sahaja. Ia juga boleh dijadikan sebagai pusat simpanan fail, sumber maklumat dan media yang boleh diakses oleh semua penggunanya. OneNote ini adalah percuma untuk digunakan bagi anda yang melanggan Microsoft 365 untuk kegunaan pendidikan.

    Microsoft Teams – merupakan satu platform yang sesuai digunakan untuk sesi pembelajaran atas talian dimana melaluinya anda boleh berbincang secara suara atau video serta boleh membuat pembentangan dan perkongsian fail antara satu sama lain dengan kapasiti pengguna sehingga lebih daripada 300 pengguna.Peranti Pintar Yang Sesuai Untuk Keperluan AndaUntuk pengetahuan anda, pelajar dapat menikmati pelbagai program pendidikan daripada pelbagai jenama pengeluar peranti. Antara jenama yang menawarkan program ini adalah seperti Microsoft, Acer, Dell, Lenovo, Samsung dan HP. 

    Melalui program ini, pelajar boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti potongan harga sehingga RM570, bayaran secara ansuran sehingga 24 bulan, dan lesen perisian Microsoft 365 secara percuma bagi setiap pembelian peranti. Namun perlu diingatkan, pembelian ini bergantung kepada kelayakkan daripada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jadi, jika anda layak dan sedang mencari peranti pintar yang sesuai digunakan untuk sesi pembelajaran hibrid, ini adalah antara peranti yang anda perlukan.Monitor atau Komputer Riba – Ia merupakan peranti utama yang diperlukan untuk sesi pembelajaran yang lebih kondusif.

    Ini kerana paparan monitor atau komputer riba mempunyai saiz skrin yang besar dan selesa untuk dilihat dalam tempoh masa yang lama. Banyak pilihan yang ada di pasaran, antaranya adalah Microsoft Surface Laptop Go 2, Dell Inspiron 3515-R382SG, Lenovo G27q dan banyak lagi.Fon Telinga atau Set Kepala – Audio input dan output yang jelas sangat membantu untuk pengajar dan pelajar kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran. Model yang anda boleh miliki adalah seperti HP Omen 800 Wired Gaming Headset dan Xiaomi Dual Driver Earphones.

    Mesin Pencetak atau Pengimbas – Ia sangat berguna bagi pengajar yang ingin memberi tugasan secara atas talian dan juga pelajar yang ingin menghantar tugasan untuk disemak oleh guru secara maya. Anda boleh memiliki mesin pencetak atau pengimbas ini melalui HP dimana mereka menawarkan mesin pencetak semua dalam satu HP DeskJet Ink Advantage 4176. – KedahOnline

    Sumber: Amanz

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.