Wednesday, January 19, 2022
More

    ‘Terima kasih Kedah untuk 16 tahun bersama’

    BADDROL Bakhtiar yang memilih cabaran baharu bersama kelab baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas lebih 16 tahun berbakti bersama Hijau Kuning berterima kasih kepada pengurusan dan penyokong Kedah Darul Aman (KDA FC) yang sentiasa menyokong karier bola sepaknya selama ini.

    Pemain berusia 33 tahun itu di laman media sosialnya berkata: “Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan Kedah FC dan penyokong pasukan Kedah. Terima kasih memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.

    “Saya akui di awal musim menerima kritikan yang amat hebat sehingga segelintir penyokong mahukan saya keluar dari Kedah. Saya terima kritikan dengan positif dan memberi yang terbaik di setiap perlawanan untuk pasukan kerana hasrat di hati saya dan pasukan hanya ingin melihat pasukan Kedah sentiasa berjaya dan di puncak.Status dimuat naik Baddrol di laman media sosialnya.

    “Alhamdulillah Kedah ke AFC (saingan Piala AFC) untuk penutup tahun dan musim ini, tiba masanya saya memberi laluan kepada pemain-pemain muda untuk menyambung legasi saya di Kedah.

    Jelas Baddrol lagi: “Kedah tetap di hati saya, bukan wang ringgit menjadi ukuran, bukan masalah tunggakan gaji membuatkan saya berpindah pasukan tetapi biarlah saya sahaja yang tahu apa yang terpendam dan terbuku di hati saya yang tak semua orang akan faham.

    “Jatuh bangun saya bersama Kedah. Kedah tetap di hati saya, doakan yang terbaik untuk kita semua. Terima kasih Kedah untuk 16 tahun bersama. Terima kasih penyokong dan pengurusan pasukan Kedah kerana tanpa anda tiadalah saya.” – KedahOnline

    Sumber: Sinar Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.