Wednesday, January 19, 2022
More

    Balai Nobat Lama Kedah

    Nobat adalah sejenis pancaragam diraja yang hanya dimainkan di istana. Nobat Kedah adalah Nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.

    Antara aspek yang menarik mengenai kesenian muzik nobat ini ialah keunikan dan pantang larang dalam permainan Nobat. Pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja dan hanya dimainkan untuk majlis-majlis tertentu diraja seperti majlis perkahwinan, menyambut kelahiran baru, istiadat pertabalan dan lain-lain lagi.

    Balai Nobat adalah antara bangunan paling awal mula didirikan di Bandar Alor Setar. Ia merupakan sebuah bangunan yang menyimpan alat-alat muzik Nobat ketika ianya tidak digunakan. 

    Antara bangunan terawal lain yang dibina bersama dengan Balai Nobat ketika itu adalah seperti Istana Kota Setar, Balai Besar, Masjid Negeri, dan lain-lain.

    Menurut catatan sejarah, dinyatakan bahawa Balai Nobat yang dibina dalam tahun Hijrah 1325 bersamaan tahun Masihi 1870 iaitu semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebelum bangunan ini dibina, permainan Nobat dimainkan di sebuah anjung istana lama Sultan Kedah iaitu di belakang Balai Besar yang ada sekarang.

    Terdapat juga ahli sejarah yang mengatakan bahawa tempat yang lebih awal menjadi pusat permainan Nobat adalah di sebuah tempat kecil yang dibina di satu lokasi berdekatan dengan kawasan Makam Langgar. Bangunan ini dikenali sebagai bangunan balai nobat lama oleh penduduk setempat. 

    Bangunan ini telah dijadikan sebagai sebuah madrasah yang dikenali sebagai Madrasah Tok Janggut. Ianya terletak berhampiran dengan Makam Di Raja Kedah di Langgar. – KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.facebook.com/1193799194125663/posts/1942739579231617/

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.