Wednesday, January 19, 2022
More

    Kak Su ziarah kebajikan santuni penduduk

    Nikmat sihat adalah antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dan kita yang sihat ambillah masa untuk menginsafi, bersimpati dan mengingati rakan-rakan yang sedang diuji dengan ujian sakit. 

    Pagi semalam Kak Su melapangkan masa untuk melawat pesakit terlantar di Kg Bukit Kecik, Kg Banggol Temak dan Batu 8 Jalan Tokai.

    Sambil itu, Kak Su sempat juga menyampaikan sumbangan kerusi roda, bantuan kewangan dan sedikit sumbangan makanan asas.

    Bersyukurlah kita selagi mana nikmat sihat masih dipinjamkan kepada kita untuk kita beribadah dengan sempurna kepada Allah S.W.T. Kita gunakan juga nikmat itu untuk menjaga kebajikan dan membantu rakan-rakan yang diuji dengan ujian sakit.

    Kak Su doakan agar rakan-rakan kita diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan dan selain itu semoga kita semua diberi sebaik-baik kesihatan, Insya-Allah.

    YB DATO’ SURAYA YAACOB 
    Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,
    Bekalan dan Sumber Air, Tenaga
    Dan Pengairan dan Saliran– KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.facebook.com/394923698757719/posts/432866381630117

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.