Wednesday, January 19, 2022
More

    Walimah: Silaturahim dan pertautan kekeluargaan

    Suatu ketika dahulu saya kurang memahami peri pentingnya Majlis Walimatulurus sebegini menjadi keutamaan untuk dikunjungi terutamanya oleh orang tua-tua. Begitu juga dengan mengunjungi pesakit dan kematian.

    Apabila usia mula menginjak dewasa dan selepas ketiadaan Almarhum Ayahanda maka saya memikul tanggungjawab ini sebagai ketua waris keluarga selaku anak lelaki sulung meskipun di hadapan saya ada seorang kakak.

    Inilah sebenarnya sosio kehidupan orang Melayu berinteraksi untuk menerapkan ukhwah yang sebenarnya di pikul dari syariah Islam. Berapa banyak Al Quran dan Hadith menyebut tentang kewajaran ukhuwah serta silaturahim untuk disegarkan sepanjang masa. Malah dikembangkan kepada setiap generasi.

    Takala menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda Pak Cik Ed dari Lorong 9, Kg Ulu, Kuala Kedah yang dilaksanakan di Teratak Chubani terungkap lagi salasilah keluarga. Saya tulis cacatan ini moga-moga menjadi manfaat supaya menjadi renungan bersama.

    Jika dahulu saya hanya menganggap Pak Su Mia Badrishah dan abang Aziz hanyalah rakan baik. Akan tetapi hasil dari sembang santai kelmarin mendapati wujudnya ikatan salasilah kekeluargaan secara dekat. Jika sebelum ini saya turut beranggapan mereka hanyalah saudara 4 pupu di sebelah ayahanda. Ungkapan dalam istilah rumpun Melayu ‘Bau-bau Bacang’. Kini tidak lagi.

    Bila diusul dari sebelah keluarga bonda maka saya dan mereka berjarak dua sepupu. Malah lebih dekat. Berharaki bapa saudara sepupu kepada saya. Hari ini panggilan terus bertukar. Saya kena panggil depa (bahasa Utara)… Mak Ndak Omm, Tok Njang Aziz, Pak Su Uzir, Pak Su Ikan dan Pak Cik Ed. 

    Apabila hubungan silaturahim sesama rakan diambil peduli maka sedarlah kita mengenai salasilah keluarga maka ikatan keluarga akan kembali terjalin. Kelmarin merupakan saat yang mengejutkan saya selama berkhidmat di DUN Kubang Rotan.

    Rakan yang selama ini saya anggap sebagai kawan karib sebenarnya mempunyai tali persaudaraan yang dekat. Bukan hanya mereka malah ramai lagi kenalan saya di sekitar Kuala Kedah mahu pun Kubang Rotan.

    Saya simpulkan bahawa ‘Hubungan Kekeluargaan’ boleh berlaku sama ada melalui ‘pertalian darah (nasab) atau perkahwinan’. Maka selidikilah semoga-moga Allah melimpahkan keberkatan pada setiap ukhuwah serta silaturahim di antara kita. 

    Ya Allah… ampunkanlah hamba-Mu ini jika selama ini kami alpa mengenai ikatan hubungan silaturahim sesama sanak keluarga ayahanda ataupun bonda, mahupun hubungan sesama seluruh Muslimin dan Muslimat di atas muka bumi ini… Ok guys..esok kita sambung lagi…

    ASMIRUL ANUAR ARIS FC – KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.facebook.com/305870184233154/posts/449892783164226

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.