Wednesday, January 19, 2022
More

    Saya tidak terlibat pajakan tanah kepada Tun M – CEO LADA

    ALOR SETAR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib menegaskan beliau tidak terlibat dalam isu pajakan tanah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2014.

    Nasaruddin berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan pajakan tanah seluas 13 hektar terbabit memandangkan belum berkhidmat bersama LADA pada ketika itu.

    “Saya tidak ada maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut. Saya baharu sahaja bersama LADA pada tahun ini iaitu pada 20 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

    Sementara itu, dalam satu ciapan yang tular di Twitter, seorang pemilik akaun mendedahkan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menerima pajakan berkenaan untuk tempoh 60 tahun bagi tujuan pembinaan hotel.

    Pajakan itu diluluskan pada tahun 2014 ketika anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

    Turut dimuat naik dalam ciapan itu adalah surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang bertarikh 11 September 2014.

    Pemilik akaun terbabit juga mempersoalkan adakah pajakan berkenaan adalah manfaat yang diperoleh Mahathir bagi tempoh 22 tahun serta 22 bulan menjadi Perdana Menteri. – KedahOnline

    sumber: Sinar Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.