Thursday, March 28, 2024
More

    Muzium Padi Kedah

    Hangpa tahu tak yang Muzium Padi Kedah merupakan muzium padi pertama di Malaysia dan yang keempat di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina.

    Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435.

    Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. 

    Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.

    Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi.

    Hebatkan. Hangpa pernah pi sini tak?

    Muzium Padi, Alor Setar, Kedah, Malaysia

    Mahdzir Hasan Det – KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.facebook.com/1193799194125663/posts/1910838535755055/

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.