Friday, March 29, 2024
More

    JPM akan bantu rancakkan pelancongan Gunung Jerai

    KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berbincang dengan pihak terbabit termasuk kerajaan negeri mengenai usaha merancakkan kembali pelancongan di Gunung Jerai, Kedah.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datoā€™ Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, usaha ini sememangnya dalam perancangan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan pelancongan yang diketahui umum.

    ā€œKalau kita lihat bila berlaku bencana, tugas dan peranan pihak berwajib ini terbahagi kepada tiga, peranan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan peranan kerajaan tempatan, yang juga akan melibatkan kementerian dan agensi yang lain.

    ā€œSebagai contoh nak buat rumah mesti ada tanah, kuasa pihak negeri, pengalaman lalu jika ada kerjasama dengan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat akan membantu, kerajaan negeri terpulang membantu kita.

    ā€œPelancongan dalam ā€˜current listā€™. Kita akan bincang bagaimana kementerian pelancongan akan membantu bersama kerajaan negeri dalam hal ini,ā€ katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, semalam.

    Terdahulu, Sabri Azit (PAS-Jerai) apakah perancangan kerajaan untuk memastikan membangunkan industri pelancongan di Gunung Jerai setelah ditimpa bencana kepala air baru-baru ini. – KedahOnline

    Sumber Asal: https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/usaha-rancakkan-pelancongan-di-gunung-jerai-akan-dibincang/

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.