Friday, March 29, 2024
More

    COVID-19: Muncul varian baharu yang lebih pantas

    JOHANNESBURG, Afrika Selatan: Institut Nasional Penyakit Berjangkit Afrika Selatan kini sedang memantau varian terbaru COVID-19 yang ditemui di negara itu.

    Menurut para saintis yang meneliti, virus itu dengan kadar mutasi yang luar biasa tinggi dan kekerapannya beransur-ansur meningkat dalam tempoh beberapa bulan terakhir.

    Varian dikenali sebagai C.1.2 itu ditandai pada minggu lalu oleh ‘KwaZulu-Natal Research and Innovation and Sequencing Platform’ dalam kajian pra cetak yang belum dikaji semula.

    Varian Delta yang menyebabkan sebilangan besar kes COVID-19 di Afrika Selatan pada waktu sejak pertama kali dikesan di India, varian baharu C.1.2 ini dilihat jauh lebih merbahaya.

    Ianya dilaporkan menarik perhatian saintis kerana mutasinya hampir dua kali lebih pantas daripada yang diperhatikan dalam varian global lainnya iaitu sudah meningkat dari 0.2 menjadi 2 peratus bulan lalu.

    Kekerapannya tetap rendah, bagaimanapun dan setakat ini ia dikesan kurang daripada tiga peratus genom yang diuraikan sejak pertama kali diambil pada bulan Mei.

    Saintis NICD memaklumkan, varian C.1.2 hanya ‘hadir pada tahap yang sangat rendah’ dan terlalu awal untuk meramalkan bagaimana ia dapat berkembang, lapor agensi AFP semalam.

    “Pada tahap ini kami tidak memiliki data eksperimen untuk mengesahkan, bagaimanapun ia bereaksi dari segi kepekaan terhadap antibodi.

    “Tetapi, kami sangat yakin bahwa vaksin yang diberikan di Afrika Selatan akan terus melindungi orang ramai daripada penyakit dan kematian yang lebih parah,” kata penyelidik NICD, Penny Moore ketika taklimat media secara maya.

    Setakat ini, varian C.1.2 sudah dikesan di sembilan wilayah di Afrika Selatan serta di bahagian lain dunia, termasuk China, Mauritius, New Zealand dan Britain.

    Afrika Selatan adalah antara negara paling teruk dilanda pandemik itu dengan lebih 2.7 juta kes COVID-19 dilaporkan setakat ini, iaitu sekurang-kurangnya 81,830 orang meninggal dunia. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.