Friday, March 29, 2024
More

    PKPD di 28 mukim Kota Setar bermula esok

    ALOR SETAR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 28 Mukim di Kota Setar, Kedah bermula Rabu ini berikutan peningkatan kes aktif COVID-19 di lokaliti berkenaan.

    Dalam kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sebanyak 975 kes aktif COVID-19 di seluruh daerah Kota Setar. Enam mukim direkodkan sebagai Zon Merah iaitu Mukim Kota Setar dengan 78 kes, Mukim Mergong (223), Mukim Pengkalan Kundor (143), Mukim Derga (138), Mukim Kangkong (55) dan Mukim Anak Bukit (61).

    “KKM mengesahkan penularan jangkitan COVID-19 telah tersebar meluas ke seluruh daerah Kota Setar dalam tempoh lapan hari sahaja iaitu bermula 8 hingga 16 Mei 2021, dengan sebanyak 799 kes positif COVID-19 dikesan.

    “Ini menjadikan hampir 100 kes sehari di Kota Setar direkodkan secara purata, yang membabitkan beberapa kluster sedia ada dan Kluster Dah Putih iaitu kluster terbaru di daerah Kota Setar,” katanya.

    Mukim yang terlibat dengan PKPD Kota Setar (1) Langgar, (2) Bukit Pinang, (3) Gunung, (4) Kuala Kedah, (5) Sungai Baru, (6) Kota Setar, (7) Mergong, (8) Titi Gajah, (9) Alor Malai, (10) Pengkalan Kudor, (11) Padang Lalang, (12) Kubang Rotan, (13) Teluk Cengai, (14) Teluk Kechai, (15) Pumpong, (16) Derga, (17) Tajar, (18) Limbong, (19) Tebengau, (20) Teluk Mas, (21) Lengkus, (22) Kangkong, (23) Lepai, (24) Hutan Kampung, (25) Alor Merah, (26) Anak Bukit, (27) Sala Kechik dan (28) Padang Hang.

    Dalam perkembangan sama, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP Am PKPD Daerah Kota Setar berkuatkuasa 19 Mei 2021 dalam siaran medianya hari ini. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.