Thursday, March 28, 2024
More

    Lan Pet Pet buat hal lagi

    KUALA LUMPUR – Pelawak popular berasal dari Kedah, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, kembali menjadi hangat apabila tular di media sosial video beliau memukul seorang lelaki.

    Beliau yang terkenal bersama kumpulan Senario suatu masa dahulu itu dirakam dalam video oleh pengguna jalan raya sedang merangkul leher lelaki dipercayai penghantar makanan dan memukul kepala.

    Kejadian berlaku ditepi jalan bersama hamburan kata-kata berbaur amaran Mazlan terhadap lelaki itu bagaimanapun cuba dilerai dan ditenangkan tiga lelaki lain di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

    Kontroversi yang menarik perhatian sedemikian bukan kali pertama timbul oleh pelawak sama di mana beliau pernah berdepan kes memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap, 71.

    Kejadian itu menyebabkan Mazlan didenda Mahkamah Majistret Seremban sebanyak RM2,000 pada 15 April 2019 selepas mengaku salah pada perbuatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April 2019. – KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.