Friday, March 29, 2024
More

    Menteri Besar Perlis Dan Pahang Pasti Wakil Dari PAS

    Oleh Kumaran Rajamoney

    PENDANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia mempertimbangkan jawatan Menteri Besar kepada wakil dari PAS, sekiranya gabungan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Perlis dan Pahang pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

    Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keterbukaan itu adalah atas prinsip kebersamaan dalam PN oleh kedua-dua parti itu.

    ā€œSaya tidak ada masalah jika wakil PAS menjadi Menteri Besar di negeri yang Ahli Dewan Undangan Negerinya ramai. Kita sememangnya sudah memberikan sokongan padu kepada negeri yang mempunyai Menteri Besar dari PAS seperti Kedah, misalnya.

    ā€œPAS mempunyai kerusi yang banyak di Perlis dan Pahang. Kita jangka kita mampu menang di kedua negeri ini,ā€ katanya.

    Ditanya mengenai sasaran memenangi kesemua 15 kerusi parlimen di Kedah, Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata ia sesuatu yang realistik melihat kepada momentum sokongan yang dizahirkan rakyat.

    ā€œKita telah melihat peningkatan sokongan berterusan. Selepas kita lancarkan manifesto, mementum sokongan menjadi lebih hebat,ā€ katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pelancaran ā€˜PN Bestā€™ Tawaran Untuk PRU Peringkat Negeri Kedah di sini, malam tadi.

    Turut hadir, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Calon PN P011 Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.-KedahOnline

    Sumber : BuletinTV3

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.