Friday, March 29, 2024
More

    PRU15: Ceramah politik boleh diadakan, perlu ikut SOP – Hamzah

    PUTRAJAYA: Walaupun tarikh penting pilihan raya belum ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun sudah ada parti politik yang mengadakan ceramah dan kempen mereka.

    Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, parti politik boleh mengadakan aktiviti berkenaan namun perlu mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

    “Ceramah ini boleh berlaku bila-bila masa, cuma dia mesti mengikut SOP sedia ada, (dapatkan permit daripada) polis (tentang) bila nak berkumpul.

    “Sama ada ceramah politik, ada dah SOP… bukan hanya masa Pilihan Raya Umum (PRU). Terpulanglah masing-masing mengikut undang-undang dalam negara.

    Jelasnya, setiap perhimpunan perlu mendapatkan kelulusan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Kita pasti tahu rakyat sekarang ini sudahpun bijaksana dan tahu bagaimana mengikut undang-undang,” katanya lagi.

    Beliau berkata demikian menjawab soalan sama ada parti politik dibenarkan mengadakan kempen dan ceramah meskipun SPR belum mengumum tarikh-tarikh penting PRU15.

    Sebelum ini, SPR memaklumkan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh PRU15 dijadualkan berlangsung Khamis ini,-KedahOnline

    Sumber : Awani

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.