Sunday, November 27, 2022
More

    Pelajar Madrasah Ditemukan Mati Lemas

    Alor Setar: Seorang pelajar madrasah dari Banting, Selangor yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi hari ini, ditemukan mati lemas.

    Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata mayat pelajar lelaki berusia 15 tahun itu ditemukan pada 11.40 pagi.

    Beliau berkata menurut saksi, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain air bersama tujuh rakan lelakinya berusia antara 15 dan 16 tahun sebelum dia dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di kawasan berkenaan.

    “Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi usaha mereka tidak berjaya sebelum seorang daripada saksi di situ menghubungi pihak bomba.

    “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.55 pagi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi telah dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Zamani berkata mayat pelajar itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KedahOnline

    Sumber : Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.