Sunday, November 27, 2022
More

    PH Kedah Kena Semak Diri Dulu Sebelum ‘Nak’ Humban Sanusi

    Saya tersenyum menonton sebuah video ceramah seorang pemimpin PH yang bercadang mahu ‘menghumban Sanusi’.

    Dia sebut ‘mahu menjadikan Kedah tersohor dan mengangkat semula (PH) di Kedah’.

    Apa yang buat saya tersenyum adalah ‘sejak bila PH berjaya membuatkan Kedah menjadi tersohor’?

    Kalau kita teliti elok-elok, tempoh pemerintahan PH di bawah Mukhriz dan PN di bawah Sanusi sebenaqnya lebih kurang sama.

    Zaman PN ada pandemik lagi sampai setahun lebih. Jadi ukuran kasarnya kedua-dua Kerajaan memerintah dalam tempoh yang lebih kurang sama.

    Tapi adakah pencapaian PH lebih hebat daripada zaman PN?

    Tentunya jauh langit dan bumi. PH dalam ceramah dia barangkali ‘terlupa’ nak reserve bahagian pencapaian ni.

    Saya bagi contoh bola sepak sebab pemimpin PH tu kata ‘Sanusi main bola tak pakai baju’.

    Saya tak pernah nampak lagi MB Kedah main bola atas padang tak pakai baju.

    Tapi kalau cerita bab tadbir urus bola sepak Kedah, dah jelas langit dan bumi antara PH dan PN.

    Masa Sanusi dilantik sebagai Presiden KFA, wartawan dah mula serbu dengan isu tunggakan gaji pemain dah lebih 4,5 bulan.

    Sanusi bagi reaksi awal beliau tidak mahu menggunakan duit Kerajaan sebab itu hanya untuk kebajikan rakyat teramai, bukan semata-mata bab bola.

    Ramai beranggapan Sanusi sengaja mencari helah.

    Page-page bola Kedah dah mula bising sampaikan ada pemain yang mula mengadu di media sosial.

    Tak sampai beberapa bulan, sebahagian tunggakan gaji pemain diselesaikan secara berperingkat.

    Bukan sekupang dua. Dekat RM10.6 juta masa tu. Jumlah keseluruhan hutang pasukan adalah lebih RM14-20 juta tak termasuk hutang lain yang masih dalam siasatan.

    Zaman siapa yang buat hutang tu? Zaman PH.

    Zaman siapa yang menyebabkan gaji pemain tertunggak? Zaman PH.

    Zaman siapa yang menyebabkan kebajikan pemain terabai? Zaman PH.

    Zaman siapa yang selesaikan masalah-masalah ni? Zaman PN dan Sanusi.

    Sebab itu PH Kedah jangan terlalu ‘overclaim’ pasai pencapaian depa yang entah ada entah tidak.

    Lebih teruk lagi kalau depan sendiri nak bandingkan Kerajaan Kedah di bawah Sanusi dan PN.

    Ini baru cerita bab tadbir urus bola sepak negeri. Tak masuk lagi tajuk pelaburan, projek mega dan sebagainya.

    Orang putih kata, ‘don’t dig your own grave’.

    Kalau PH nak humban Sanusi dan ambil semula Kedah, buat kerja keras sikit.

    Jangan duk bagi point cemey. Senang-senang kena tonggeng. Malu kat orang!

    Penulis: Hamzah Asad

    KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.