Sunday, November 27, 2022
More

    “Solo Dari Mula-mula Dulu Lagi, PRU15 Pun Mampu Solo” Dr Mohd Hayati Othman

    Alor Setar: Pas Kedah dilihat mampu bergerak secara solo tanpa Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, sekiranya perkara itu diputuskan kepimpinan pusat.

    Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata keyakinan itu berdasarkan pengalaman Pas yang selama ini sudah biasa menghadapi pilihan raya secara bersendirian sejak dulu lagi.

    “Insya-Allah boleh (menghadapi PRU-15 secara solo) kerana kita mampu, yang lepas (PRU-14) pun kita solo, kita (sudah) solo daripada mula-mula dulu, (maka) tiada masalah,” katanya ketika ditemui pada Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes di sini, hari ini.

    Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa parti itu bersedia menghadapi PRU-15 tanpa Umno selepas kemelut membabitkan kerjasama antara PAS dan Barisan Nasional (BN) yang masih berlarutan.

    Beliau berkata, jentera parti berada pada tahap terbaik untuk menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa bersama gabungan Perikatan Nasional (PN).

    Dr Mohd Hayati yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri menegaskan, pihaknya juga akur dengan segala keputusan Pas Pusat termasuk bersetuju dengan apa yang dinyatakan Muhammad Sanusi.

    “Ketua Pengarah Pilihan Raya sudah kata macam itu (Pas sedia bertanding solo), saya nak kata apa lagi,” katanya.-KedahOnline

    Sumber : Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.