Sunday, November 27, 2022
More

    Ikan Masak Cuka

    Resepi;

    Ikan tongkol/bawal/nyok2/kembung/lain2

    Bawang putih 7 ulas-dikupas sahaja

    Bawang merah kecik 10 biji-kupas kulit sahaja

    *Klu xde boleh pkai bawang besar 3 biji-dipotong

    Biji sawi 1 sudu kecil

    Halia 2 inci-dihiris

    Cili api

    Sedikit kunyit

    Cuka 5 sudu besar-boleh adjust

    Timun

    Tomato

    Cara-caranya..

    Lumur ikan dgn kunyit dan garam.

    Goreng ikan macam biasa.

    Angkat dan ketepikan.

    Panaskan minyak

    Tumis bawang,halia,kunyit dan biji sawi smpai naik bau..

    Masukkan air dan cuka.

    Blh adjust nk masam lebih atau kurang..

    Nak berkuah banyak atau sikit..

    Masuk timun dan ikan.. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit.. Masuk tomato..tutup api..

    Angkat dan hidang..

    Simple..tapi sedap ya amat

    Cdt: murni rahmat-KedahOnline

    Sumber : FB Aida Fasyee

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.