Sunday, November 27, 2022
More

    Keaslian Gulai Ikan Temenung Di “Gulai Ikan Meletoppp”

    Menu wajib di Kuala Kedah

    Kalau nak makan ikan temenung memang kena mai Kola Kedah. Resepi orang Kola ni pun lain dari hat lain.

    Kalau hampa nak tau, kat Kola Kedah saja ada banyak kedai yang hidangkan menu ikan temenung. Antara yang paling menarik kat Kola Kedah ni ada GULAI IKAN TEMENUNG.

    Haaa.. ni la yang buat hampa mai sampai tak mau balik..

    Kawan kami dari KL pernah tanya “gulai” tu apa? Haaa tudiaaa.. ni nak cerita oqang Utaqa panggil kari tu gulai.. lebih kurang saja..

    Tapi… gulai kat Kola Kedah ni memang beza dengan tempat lain.

    Kat Kola Kedah ni pun ada banyak kedai yang hampa boleh mai singgah pekena gulai ikan temenung. Setiap kedai ni ada keistimewaannya tersendiri.

    Hari ni kita mai “try” kat warung Gulai Ikan Meletoppp …Sedap dia tak tau nak habaq aih😋

    Hampa kalau nak mai makan, boleh cari warung ni lokasi berdekatan dengan Taman Kota Nelayan.

    Alamat :

    Gulai Ikan Meletoppp

    Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Kedah, Malaysia

    No Telefon: 017-559 2918-KedahOnline

    Sumber : Fb Gulai Ikan Meletopp, Fb Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.