Tuesday, October 4, 2022
More

    Lelaki Tetak Jaga Berdepan Hukuman Mati

    MAHKAMAH: LELAKI DITUDUH TETAK JAGA BERDEPAN HUKUMAN MATI

    SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan pada Khamis lalu.

    Tertuduh, R.Subramaniam, 41, pada semalam mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa, Ismail Ahmad, 58, di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini.

    Pertuduhan pada hari ini kemudian dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas pengawal keselamatan terbabit meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada petang semalam.

    Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

    Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Banyan di sini pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Berita : KOSMO! ONLINE-KesahOnline

    Sumber : Fb Penduduk Guar Cempedak

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.