Tuesday, October 4, 2022
More

    Beras 5Kg Dengan Harga RM5 Di MAHA 2022

    Kuala Lumpur: Orang ramai berpeluang membeli beras lima kilogram (kg) pada harta runtuh RM5 di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, hujung minggu ini.

    Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Azman Mahmood berkata, harga itu diturunkan lagi berbanding RM10 untuk jumlah sama sebelum ini.

    Katanya, ia akan dijual sendiri Menteri Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Laman Padi MAHA 2022 pada ‘happy hour’ yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

    “Lelongan ini bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan beras pada harga yang paling minimum sempena penganjuran MAHA 2022 ini.

    “Sejak dibuka untuk pengunjung Khamis lalu, lelongan padi mendapat sambutan tinggi dalam kalangan pembeli dan ia mencapai matlamat yang kita harapkan.

    “Selain mendapat maklumat mengenai industri padi secara langsung, pengunjung dapat melihat teknologi yang digunakan petani di negara ini,” katanya.

    Azman berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk mendidik murid-murid sekolah rendah dari seluruh Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mengenai proses menanam hingga menuai padi.

    Justeru, beliau berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Laman Padi, sekali gus mendapatkan beras pada harga murah yang hanya ditawarkan sempena penganjuran MAHA 2022.-KedahOnline

    Sumber : Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.