Tuesday, October 4, 2022
More

    Air Sungai Baling Melimpah,34 Mangsa Berada Di Dua PPS

    Baling: Tiga puluh empat mangsa daripada sembilan keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, sehingga jam 8 pagi ini.

    Mereka dipindahkan malam tadi apabila Sungai Baling melimpah ke penempatan mereka, menyebabkan paras air sehingga satu meter.

    Timbalan Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata, dua PPS itu adalah di Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah dan di Dewan Tun Abdul Razak.

    Beliau berkata, antara kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Batu Tujuh Rambong, Telok Sanau, Charok Juan dan Bendang Sera.

    “Mereka diarah berpindah malam tadi kira-kira 10 malam apabila air semakin naik dan bimbang berlaku kejadian buruk.

    “Keadaan cuaca gelap menyukarkan anggota untuk menyelamat sekiranya mereka terperangkap, jadi langkah awal, arahkan mangsa berpindah,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.-KedahOnline

    Sumber : Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.