Tuesday, October 4, 2022
More

    Lapan Lelaki Di Tahan leka Berjudi Di Kedai Makan

    KUBANG PASU: Polis menahan lapan lelaki ketika sedang leka bermain judi belangkas di hadapan sebuah kedai makan, Jalan Sungai Korok, di sini, pada Isnin.

    Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pukul 1.30 pagi.

    “Ketika serbuan kesemua mereka terkejut dan bertempiaran lari namun berjaya ditahan kerana lokasi itu sudah dikepung.

    “Pertaruhan judi bermula dari RM10 hingga RM200 setiap kali permainan dibuka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

    Jelas Rodzi, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,951, telefon bimbit beraplikasi judi belangkas, sebuah meja plastik, sehelai kertas putih catatan angka, dua helai kertas kiraan hasil pertaruhan perjudian serta pen.

    Katanya, kesemua mereka ditahan berusia 35 hingga 70 tahun berasal dari Kubang Pasu, Alor Setar dan Terengganu.

    Hasil semakan dua daripadanya masing-masing mempunyai satu rekod jenayah berkaitan judi dan pernah dihukum penjara sebelum ini.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.-KedahOnline

    Sumber : Awani

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.