Friday, March 29, 2024
More

    353 Tangkapan Hasil Op Tapis

    OP TAPIS 5.0 BERSEPADU

    PDRM Kontinjen Kedah telah melaksanakan Op Tapis 5.0 Bersepadu bermula pada 27 – 29 Julai 2022. Operasi ini turut disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di beberapa lokasi pilihan dalam negeri Kedah.

    Operasi kali ini memberi tumpuan kepada pemandu lori perdagangan dan pemandu bas. Hasil ujian air kencing secara rambang di lokasi SJR turut berjaya mengesan seramai 32 individu yang positif dadah dan ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983.

    Sebanyak 936 saman PDRM dan 336 saman JPJ telah dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan.

    Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah turut menjalankan operasi membanteras dadah secara serentak melibatkan semua daerah dalam Negeri Kedah. Sebanyak 353 tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah telah dilakukan. Hasil operasi turut berjaya menangkap 16 orang pengedar dibawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.-KedahOnline

    Sumber : Fb Polis Kedah

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.