Tuesday, August 9, 2022
More

    Jenazah Tiga Sekeluarga Selamat Dikebumikan

    BALING – Tiga sekeluarga yang ditemui maut dalam tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi.

    Jenazah Salmah Mat Akib, 54, menantunya Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan dan anaknya Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

    Turut dikebumikan, janin yang dikandung Nurul Anis.

    Mayat Nurul Anis dan Salmah dijumpai dalam keadaan berpelukan kira-kira jam 9.30 pagi Selasa di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.

    Kejadian banjir di Baling pada Isnin berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk. – Awani-KedahOnline

    Sumber : Berita Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.