UCAPAN TAKZIAH
Innalillahi wainna ilaihi rojiun~
Seluruh warga Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham adik Khairul Ikhwan Bin Nor Azman (14 tahun) serta dua orang ahli keluarganya yang terkorban dalam tragedi banjir di Baling.
Allahyarham adik Khairul Ikhwan juga merupakan pelatih KENARI KID BALING yang dipercayai hilang bersama ibu dan kakak iparnya selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air yang melanda akibat hujan yang berterusan di Kampung Iboi, Kupang di Baling Kedah petang semalam.
Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin-KedahOnline
Sumber : Fb FA Kedah