Tuesday, August 9, 2022
More

    Selangor Siap Sedia Turun Bantu Kedah

    SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedia menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

    Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pasukan Skuad Pantas dari pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) bersedia untuk digerakkan ke Kedah bagi membantu mangsa banjir.

    Beliau menerusi satu ciapan di Twitter berkata, kerajaan Selangor juga sedang berhubung dengan urusetia di Kedah bagi penyelarasan bantuan.

    “Ucapan takziah buat mangsa korban kejadian bencana di Baling, Kedah. Pasukan Pantas dari pelbagai PBT di Selangor telah bersiap sedia untuk digerakkan ke Kedah bagi membantu mangsa banjir.

    “Kerajaan Negeri sedang berhubung dengan urusetia di Kedah bagi penyelarasan bantuan,” katanya pada Selasa.

    Pada Selasa, seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di sini dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, setakat ini, sebanyak 85 rumah dilaporkan terjejas ekoran bencana yang berlaku kira-kira jam 4 petang semalam itu.-KedahOnline

    Sumber : Sinar Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.