Thursday, March 28, 2024
More

    Tiga Pusat Pemindahan Di Buka Tempatkan Mangsa Banjir

    OLEH: NOR SHAILA
    BALING, 5 JUL-Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir telah di buka bagi menempatkan mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasani sekitar daerah Baling iaitu di Sekolah Menengah Jerai dan Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah Kupang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi.
    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata PPS Sekolah Menengah Jerai telah menerima sejumlah 1,238 jumlah mangsa keseluruhannya dengan pecahan seramai 51 buah keluarga yang terdiri daripada Lelaki dewasa 66 mangsa, wanita dewasa(67), kanak-kanak Lelaki (44),perempuan (23) serta warga emas lelaki (44) dan wanita (18).

    Manakala bagi PPS Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah Kupang pula menempatkan seramai 1,038 mangsa yang terdiri dari kanak-kanak Lelaki 594 Mangsa dan kanak-kanak Perempuan 444 mangsa melbatkan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.
    Bagaimanapun, katanya, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS tersebut sedang dikemas kini.

    “Banjir setakat ini melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai,” katanya dalam kenyataan malam ini.
    Banjir di kawasan terlibat berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang tadi turut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing.-KedahOnline

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.