Tuesday, August 9, 2022
More

    ” Rugi Rm1 Tak Apalah ” – Ayam Bismi

    ALOR SETAR: Sebuah syarikat penternakan di sini menjual ayam bulat super yang disembelih dan siap dibersihkan tanpa kepala, kaki dan isi perut pada harga RM8.90 sekilogram berbanding harga siling RM9.90.

    Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Mazlina Kamarudin berkata, walaupun keuntungan menyusut RM1 daripada jualan, langkah itu diharap dapat meringankan beban pengguna dan peniaga kecil.

    “Selama ini memang kami jual RM8.90 berbanding RM9.90 bagi ayam bulat super. Rugi RM1 tak apalah. Harga RM8.90 ini sebenarnya harga untuk ayam bulat yang siap sekali usus, isi perut yang paling kurang 100 hingga 200 gram beratnya.

    “Apabila pengguna bayar pada harga itu (RM9.90) mereka rugi antara 90 sen sehingga RM1.80, kami cuma ingin bantu pengguna dan peniaga kecil yang beli ayam di sini pada harga rendah untuk jual di kampung masing-masing,” katanya di sini hari ini.

    Sabtu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan kerajaan tidak mengapungkan harga ayam di pasaran negara bukanlah satu tindakan ‘U-turn’ sebaliknya memenuhi kehendak rakyat.

    Perdana Menteri berkata, keputusan yang diumumkan adalah bagi memenuhi hasrat rakyat kerana ia mampu memberi kebaikan kepada semua.-KedahOnline

    Sumber : Utusan Malaysia

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.