Thursday, March 28, 2024
More

    Syeikh Mahmud Al-Juani

    Jejak Ulama Nusantara – Kedah

    Syeikh Mahmud al-Juani ( 1911 – 1973 )

    Oleh : Tengku Yusuff

    Nama penuhnya ialah Syeikh Mahmud Bin Yusuf al-Juani dan beliau dilahirkan pada tahun 1911 di Kampung Tanjung Juan, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

    Mula mendapat pendidikan agama di Pondok Bermin, Patani sebelum berangkat ke Mekah. Di antara gurunya ialah :

    1. Tok Bermin

    2. Tok Ahyad

    3. Pak Da Eil Mekah

    Syeikh Mahmud al-Juani menjadi menantu kepada Pak Chu Him Gajah Mati selepas berkahwin dengan anak gadis gurunya yang bernama Hajah Wan Nafisah. Selepas berkahwin, Syeikh Mahmud terus menjadi tenaga pengajar di Pondok Gajah Mati, Pendang.

    Di antara anak muridnya ialah :

    1. Syeikh Wan Izzudin @ Pak Njang Izzudin Gajah Mati

    2. Tuan Guru Haji Bakar Kubang Pisang

    3. Tuan Guru Haji Ramli @ Ali Kampung Belantik

    4. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Haji Omar Bin Hitam Sulaiman

    5. Sohibus Samahah Tuan Guru Dato’ Haji Hassan – Mufti Pulau Pinang

    6. Tuan Guru Haji Salleh Bin Ahmad

    7. Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Haji Saad Lepai

    8. Syeikh Wan Abdul Qadir Gajah Mati – Anak sulung Pak Chu Him

    Beliau meninggal dunia pada tahun 1973 ketika berusia 62 tahun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gajah Mati, Pendang.

    Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

    *Sumber – Ustaz Muhammad Faiz-KedahOnline

    Sumber : Jejak Ulama Nusantara (Tengku Yusuff)

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.