Tuesday, August 9, 2022
More

    Chalet Terapung PPK Sungai Merbok Port Terbaik Kaki Pancing

    Pastinya ramai yang mencari tempat-tempat menarik untuk beriadah ketika ini. Baru-baru ini kami sempat singgah di satu lagi produk pelancongan di dalam kawasan Jerai Geopark di Kedah iaitu Chalet Terapung PPK Sungai Merbok.

    Chalet ini terletak di Kuala Segantang Garam di Merbok. Tempat ini mula beroperasi sejak 2010 dan dimiliki Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok.

    Menariknya lokasi chalet ini adalah kerana ia dikelilingi kawasan paya bakau serta berlatar belakangkan Gunung Jerai! Tambahan pula tempat ini terletak di kawasan muara Sungai Merbok jadi chalet ini dikelilingi air masin.

    Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan seperti chalet 1 bilik, chalet 2 bilik dan juga chalet VIP yang mempunyai 3 bilik tidur. Setiap chalet boleh memuatkan antara 4 hingga 8 orang dalam satu-satu masa (bergantung kepada jenis chalet)

    Port terbaik untuk kaki pancing!

    Jika anda suka memancing, tempat ini memang sesuai untuk anda! Ini kerana, Chalet Terapung PPK Sungai Merbok merupakan salah satu destinasi yang popular dalam kalangan pemancing. Antara hasil ikan yang biasanya dibawa pulang oleh pemancing di kawasan ini adalah seperti Siakap, Kerapu, Jenahak dan banyak lagi. Dengan adanya chalet-chalet ini, para pemancing juga tidak mempunyai masalah jika ingin bawa keluarga bersama ketika ‘outing’ memancing!

    Kemudahan fasiliti turut disediakan

    Di Chalet Terapung PPK Sungai Merbok ini turut disediakan kemudahan fasiliti seperti surau, dewan dan pelantar memancing. Sekiranya anda tidak merancang untuk menginap di chalet tetapi mahu memancing di sekitar kawasan chalet ini sahaja, anda boleh melakukan aktiviti anda di pelantar memancing dengan bayaran RM30 sahaja.

    Aktiviti menarik selain memancing

    Selain memancing ikan, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain. Antaranya, anda boleh menaiki bot menyusuri Sungai Merbok, trekking di kawasan paya bakau dan ‘bird watching’. Kesemua aktiviti ini boleh diuruskan oleh pihak chalet untuk anda.

    Alamat:
    Chalet Terapung PPK Merbok
    Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda,
    Merbok, Kedah
    Tel: +60 19-559 2117

    KedahOnline

    Sumber : Kaki Travel

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.