Bahan-bahan:
2 bungkus mee segera Kari
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 ½ sudu besar cili kisar
1 ketul isi ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
6-8 ekor udang
Sayur sawi
Sedikit kubis cina
1-2 cawan air
Kicap secukup rasa
1 biji tomato
4 tangkai cili padi
Daun bawang
Limau nipis
Cara Penyediaan:
- Cara-cara:
- Potong bawang putih, tomato, sayur sawi (asingkan batang dan daun), cili padi, kubis cina, daun bawang dan isi ayam.
- Celur maggi dalam air mendidih sekejap (agak-agak lembut terlerai). Kemudian bilas dengan air sejuk (untuk stop proses masak).
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- Bila bawang naik bau, masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam, serbuk lada putih dan kacau separuh masak
- Masuk sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- Masukkan batang sawi dan kubis (bahagian keras).
- Masukkan udang (pilihan) dan serbuk perencah maggi.
- Tuang air, kicap pekat manis dan maggi yang dah celur tadi.
- Masukkan tomato, daun sawi dan daun kubis cina.
- Boleh adjust dengan air, kicap dan garam.
- Masukkan cili padi.
- Hidang dengan taburan daun bawang dan limau nipis
Tip:
- Bilas maggi dengan air sejuk selepas celur (untuk stop proses masak) supaya maggi tak terlalu kembang bila goreng.-KedahOnline
Sumber :https://resepichenom.com/