Tuesday, August 9, 2022
More

    Taman Madu Lebah Kedah (Bukit Besar)

    Taman Madu Lebah Kedah (Bukit Besar).Lawatan Percuma juga boleh merasa madu segar dari sarang secara percuma. Menu yang menarik berasaskan madu seperti Aiskrim serendah rm1 hingga rm11 sahaja.

    Aktiviti yang di jalankan di Taman Madu Lebah adalah seperti berikut :

    -Buka 11.30pagi sehingga 6.30petang

    -Cuti Rabu sahaja

    -Waktu Sesak 4 petang hingga 6.30petang

    -Buka Sarang Jumaat,Sabtu,Ahad 5 petang

    Pilihan terbaik untuk ibubapa bagi membawa anak-anak ke Taman Madu Lebah ini kerana pelbagai maskot lebah yang ada boleh menceriakan anak-anak anda di sini.

    Taman Madu Lebah Kelulut juga menerima lawatan dari sekolah atau pihak yang ingin melihat dengan lebih dekat cara pemeliharaan Lebah. Jom kenali Lebah dan Kelulut dengan Melawat sambil belajar. Malah ada juga peserta-peserta yang menjalani kursus pemeliharaan kelulut. Aktiviti kursus kepada peserta adalah seperti :

    -Melawat Tapak Projek

    -Taman Pokok

    -Penghantaran Benih Kelulut.

    Mereka boleh dijadikan sebagai mentor dalam prnghasilan madu lebah dan mereka akan berusaha yang terbaik untuk membantu mereka berjaya dalam bidang ini.

    Taman Madu Lebah salah satu tempat menarik di Kedah yang boleh dijadikan tempat riadah anda sekeluarga. –KedahOnline

    Sumber : FB Madu Lebah Bukit Besar

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.